ADALAH lebih realistik untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan untuk menjadi pembangkang bermaruah berbanding berkeyakinan terlalu tinggi menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Kata Rafizi Ramli.
Memetik laporan Sinar Harian, bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan walaupun pandangan itu tidak popular dikalangan pemimpin gabungan itu, koalisi itu tidak boleh bersikap “in denial” pada saat rakyat sendiri tidak meyakini keupayaan mereka memenangi PRU15 yang semakin hampir.
“Hakikatnya, ia bukan soal HARAPAN dan KEADILAN menang.
"Saya sebenarnya agak realistik, kita agak sukar untuk menang PRU15. Tetapi kita kena pastikan supaya imbangan blok-blok politik tidak terlalu berat sebelah.
“Kita kena pastikan kalau Umno-BN mungkin menang PRU15, ada blok pembangkang yang boleh buat kerja dengan baik dan memastikan tidak ada skandal besar bakal diciptakan Umno-BN.
“Saya ingat dua, tiga bulan itu (sebelum PRU15), walaupun masanya pendek, tetapi kalau kita ada strategi betul, mungkin kita boleh capai anjakan tiga hingga empat peratus itu (meraih sokongan pengundi atas pagar),” katanya.
Mengulas lanjut,Naib Presiden KEADILAN itu juga menegaskan adalah lebih realistik untuk HARAPAN dan KEADILAN membanci semula kekuatan jentera mereka, memperkuat dan memulihkan semangat berbanding bercita-cita tinggi untuk menang PRU15.
Cara paling baik menurut Rafizi adalah dengan bersikap realistik untuk gabungan itu menjadi pembangkang yang baik dan bermaruah.
“Sebenarnya, kalau kita main bola sepak. Kita sedar kita berdepan pasukan yang sudah menang empat perlawanan berturut-turut selain menjaringkan gol banyak dalam setiap perlawanan dimenangi itu.
“Kita pun kena tahu pasukan kita dalam keadaan moral rendah, ada pemain sakit kaki, jadi lebih realistik untuk kita bawa persiapan pasukan ke satu tahap yang tidak terlalu luar biasa.
![]() |
Berhenti bersikap 'in denial', kata Rafizi |
"Itu mungkin akan menyebabkan orang rasa kita bermimpi di siang hari,” katanya sambil mengajak semua pemimpin HARAPAN mengimbas semula pengalaman Umno-BN pada 2018 di mana kekalahan teruk mereka pada PRU14 adalah disebabkan bersikap “in denial”.
0 Comments