PENGERUSI DAP Lim Guan Eng menyifatkan Mahiaddin Md Yassin sebagai seorang pengkhianat yang tidak lagi boleh dipercayai.
Memetik laporan Minggu Malaysia, Guan Eng berkata tiada peluang kedua bagi Presiden Bersatu itu. Tindakan Mahiaddin mengkhianati mandat rakyat apabila bersekongkol merebut kuasa melalui 'langkah Sheraton' telah sama sekali meragut kepercayaannya kepadaAhli Parlimen Pagoh itu.
“Pasti tidak akan kerjasama, mana boleh percaya dengan dia lagi? Kita tidak yakin kerana dia janji ‘tidak serupa bikin,” kata bekas Setiausaha Agung DAP itu.
Terdahulu media melaporkan bagaimana Mahiaddin yang mengetuai Perikatan Nasional (PN) bersama PAS dan parti Gerakan dilihat tercari-cari sokongan dari pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya
Malah Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa Mahiaddin ada bertemu dengannya, tambah Mahathir, Mahiaddin yang dijatuhkan dari jawatan perdana menteri selepas hilang sokongan dalam Dewan Rakyat sebelum ini menyimpan hasrat untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri.
Selain Mahathir, Presiden Warisan Shafie Apdal juga mendedahkan ada dihubungi Mahiaddin, dipercayai bagi membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, beliau sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini.
![]() |
Mahiaddin dianggap pengkhianat politik |
Mengakui pernah bertemu dengan Mahiaddin sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa isu kerjasama itu sama sekali tidak pernah dibincangkan.