Pemilihan KEADILAN; Daftar pemilih dalam talian dilanjut hingga 21 April


PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan pelanjutan tarikh pendaftaran ahli parti itu sebagai pemilih dalam talian dilanjutkan sehingga 21 April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, pelanjutan tarikh itu adalah bagi memberi ruang lebih ramai bilangan pemilih dalam talian supaya tidak berlaku kesesakan di pusat pengundian fizikal semasa proses pemilihan yang akan bermula pada 13 Mei.

"Sebelum ini kita bagi tarikh sehingga 8 April untuk ahli parti melakukan verifikasi serta mendaftar sebagai pemilih dalam talian tetapi kita lanjutkan dan sasarkan sekurang-kurangnya 100,000 atau 10 peratus pemilih dalam talian boleh memilih kali ini,” jelasnya.

Ketika ditemui media selepas meninjau pusat pencalonan bagi Selangor di Petaling Jaya bahawa ahli tidak perlu membayar yuran keahlian untuk mengundi pada Pemilihan KEADILAN 2022 sebaiknya hanya calon yang ingin bertanding dikenakan bayaran RM2.

Buat julung kalinya, pemilihan KEADILAN diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Februari lepas.

Sasar sepuluh peratus pengundi atas talian
Proses pengundian bagi pemilih atas talian ialah dari 18 hingga 20 Mei manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.

Dr Zaliha juga berkata, ahli yang bersetuju menjadi pemilih dalam talian tidak boleh mengundi secara fizikal. 

Post a Comment

0 Comments