KERAJAAN dicadangkan memberikan baucar membeli komputer riba kepada pelajar universiti dalam kategori B40 berbanding memberikan mereka tablet.
Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung berkata, inisiatif itu akan memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih peranti dan model yang sesuai dengan keperluan mereka bersama waranti sepatutnya.
Beliau bimbang tablet akhirnya mungkin tidak digunakan atau dibuang pelajar jika tidak berkualiti.
“Komputer riba pastinya lebih relevan dengan pembelajaran dan begitu juga dengan sambungan internet yang mampu dimiliki.
“Dengan kebanyakan pelajar kembali ke sekolah dan universiti, kita juga perlu membincangkan bagaimana pembelajaran hibrid harus diteruskan supaya mereka dapat mengejar pelajaran yang tertinggal dua tahun (akibat pandemik).” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Pahang itu.
Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa yang berkata kerajaan merancang untuk menyediakan tablet kepada pelajar universiti daripada kategori B40 .
Rancangan dibawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia initiative dengan tender secara terbuka bagi inisiatif itu masih dijalankan.
Kenyataan Annuar itu turut menarik perhatian bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching yang mempersoalkan logik rancangan kerajaan itu.
Rancangan memberikan tablet kepada pelajar universiti menurutnya aneh apabila kementerian sebelumnya memberikan komputer riba kepada murid sekolah rendah dan menengah.
![]() |
Apa rasional beri tablet berbanding komputer riba? |
Sementara itu dalam kenyataanya Chean Chung turut berkata, sekiranya kerajaan memberikan baucar untuk pembelian komputer riba, ia sepatutnya mempunyai nilai yang setara dengan harga netbook atau komputer riba.
0 Comments