PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi kekal sebagai presiden KEADILAN setelah tidak dicabar pada pencalonan pemilihan parti bagi penggal 2022/2025.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia mengulangi sejarah pemilihan KEADILAN pada 2018 apabila ketua pembangkang itu menang tanpa bertanding.
“Mengulangi sejarah pemilihan Keadilan 2018, Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi Keadilan.
“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim,” katanya di Facebook.
Pemilihan parti kali ini memilih enam jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden, selain kepemimpinan tertinggi sayap parti serta cabang.
Ia dijangka menyaksikan pertembungan menarik bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden, Rafizi Ramli mengesahkan bertanding jawatan tersebut.
Pemilihan PKR bagi penggal 2022/2025 ditetapkan bermula 13 hingga 18 Mei ini.
Sementara tiga selebriti tempatan tidak ketinggalan menghangatkan pemilihan penggal ini selepas menghantar pencalonan merebut jawatan ketua bahagian parti itu.
![]() |
Pemilihan 2022 dijangka meriah |
“Kedua-dua selebriti berkenaan dijangka bertanding dalam saingan sembilan penjuru,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sementara itu, pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki turut bertanding bagi jawatan ketua bahagian Setiawangsa.