Ahli Parlimen HARAPAN gesa gubal Akta Penggal Tetap


SEORANG
ahli Parlimen pembangkang mengulangi saranan supaya Akta Penggal Tetap diwujudkan.
 
Sim Tze Tzin (Bayan Baru-HARAPAN) berkata,selain akta lompat parti hanya salah satu penyelesaian ketidakstabilan politik negara, Akta Penggal Tetap pula dapat memastikan pembubaran Parlimen hanya dilakukan apabila penggalnya tamat.

“Saya juga cadang Akta Penggal Tetap dibuat seperti di United Kingdom (UK) di mana Parlimen takkan dibubarkan lima tahun supaya tidak ada ugut bubar Parlimen untuk pilihan raya dipercepatkan,” katanya ketika membahaskan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau juga meminta supaya pembangkang tidak dipinggirkan dan mahu kerajaan melaksanakan memorandum persefahaman (MOU) bersama pembangkang.

“Ini kerana pembangkang selalu dipinggirkan dari segi dasar dan perundangan,” katanya.

Gesaan serupa pernah disuarakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin pada Mac lalu.

UK katanya memiliki Akta Parlimen Penggal Tetap supaya Parlimen dibubarkan pada tarikh tetap bertujuan membendung krisis politik.

Sebelum akta terbabit diluluskan, katanya, undang-undang negara itu mewajibkan pilihan raya berkenaan diadakan sekurang-kurang sekali setiap lima tahun, namun boleh lebih awal jika Perdana Menteri menasihati Raja untuk melaksanakan hak prerogatif diraja bagi berbuat sedemikian.

Dapat elak ugutan bubar parlimen
Tanpa akta itu, pengkritik melihatnya sebagai memberi kelebihan yang tidak adil kepada Perdana Menteri yang sedang berkhidmat.

Foong Hin juga menegaskan dengan adanya akta itu, ia sekali gus dapat menjimatkan kos mengadakan pilihan raya yang tidak dirancang atau di luar jangka.


Post a Comment

0 Comments