SEORANG veteran politik menggesa supaya Ismail Sabri Yaakob memecat menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir ketika pengundian usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Dipetik laporan Awani, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, mereka yang tidak hadir perlu bertanggungjawab menyebabkan usul yang dianggap penting itu tidak dapat diluluskan.
Tambah Ali Parlimen Gua Musang itu lagi, individu terbabit telah cuai terhadap tanggungjawab masing-masing.
“Ia tanggungjawab bersama apabila usul seumpama itu, nak jaga keselamatan negara, tidak diendah, tidak dipeduli oleh menteri kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan itu supaya ia disambung, dilanjutkan masa,” katanya menurut laporan portal itu.
terdahulu pada 22 Mac , Dewan Rakyat gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi.
Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 50 Ahli Parlimen tidak hadir.
Keputusan undi yang menyokong kemudiannya ditambah satu lagi, menjadikan 85 setelah didapati berlaku kekhilafan pada hari pengundian dibuat.
![]() |
Ku Li saran pecat menteri dan timbalan cuai |
“Dia tak akan buat, dia tak akan buang. Kalau buang, dia jatuh,” ujarnya.