PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak pernah berbangkit.
Anwar yang juga Presiden KEADILAN kettika ditemui pemberita selepas majlis makan malam meraikan veteran DAP, Lim Kit Siang, di Subang Jaya pada Jumaat mengakui ada mengadakan 'pertemuan biasa' denganMahiaddin Md Yassin sebelum ini namun tidak pernah berbincang melakukan kerjasama termasuk menyokong Presiden Bersatu itu kembali menjadi Perdana Menteri.
“Tidak ada berbangkit isu itu. Saya tidak nafi tiada pertemuan
“Pertemuan itu sudah berlaku sejak sekian lama, tetapi tidak timbul persoalan berhubung keputusan gabungan untuk sokong beliau (Mahiaddin),” katanya.
Anwar sebelumnya ditanya berkaitan kewujudan sebarang usaha daripada Presiden Bersatu, itu dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang untuk menjalinkan kerjsama bersama HARAPAN susulan pendedahan bahawa Mahiaddin baru-baru ada mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir mendakwa individu itu yang pernah menikam belakangnya cuba mencari sokongan untuk kembali menjadi perdana menteri.
Sementara itu Anwar ketika ditanya apakah gabungan diketuainya akan bekerjasama dengan Mahathir menjelang pilihan raya umum berkata, perkara berkenaan belum dibincangkan.
Sebagai rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, pejuang yang dipimpian Mahathir bertanding secara sendirian.
![]() |
Mahiaddin didakwa mahu kembali jadi PM |
Setiausaha agung parti itu, Amira Aisya Abd Aziz, 27, yang memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa dalam PRN Johor lalu dalam satu laporan media sebelum ini berkata, mereka yakin dengan HARAPAN dan bakal bersama gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU ) akan datang.
0 Comments