Anwar sifatkan Kit Siang umpama 'fenomena'

  

PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tokoh politik veteran, Lim Kit Siang seumpama “fenomena” di negara ini.

Berucap ketika majlis makan malam penghargaan buat veteran DAP itu yang mengumumkan persaraanya dari politik, Anwar berkata tiada gelaran “Datuk, Tan Sri mahupun Tun” yang boleh menandingi ketokohan dan sumbangan Kit Siang di negara ini.

Ketua pembangkang itu berkata, Kit Siang bersuara bukan sahaja mengenai politik dan negara tetapi juga mengenai sensitiviti kaum dan persepsi kaum.

Pemimpin yang mengabdikan diri selama 56 tahun dalam politik itu berbeza dengan “pemimpin Melayu tertentu” yang secara terbuka mengkritik komuniti itu sendiri.

“Berbeza dengan tanggapan sesetengah orang bahawa Melayu ini malas, bergantung kepada subsidi, tak kenang budi, senang lupa, Kit Siang berpendapat, orang Melayu bekerja keras, tiada istilah peribumi malas,” katanya.

Mengulas lanjut Anwar turut berkata bahawa tanpa sedar orang Melayu sebenarnya terhutang budi kepada mentor DAP itu kerana mendidik orang ramai mengenai hak mereka di negara ini.

“Dan sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu, kami terhutang budi dengan anda, Kit Siang, kerana mendidik orang ramai mengenai hak mereka di negara ini,” katanya.

Jasa Kit Siang dalam politik tidak kecil

Kit Siang, 81, yang merupakan antara pengasas DAP  mengumumkan persaraannya daripada arena politik dan menarik diri daripada pemilihan untuk kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat parti. Beliau turut memutuskan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya lagi pada masa depan.

“Dalam politik, kita perlukan integriti, keberanian dan kecekalan ini. Kualiti ini terjelma dalam diri Lim. Rakyat Malaysia akan sentiasa bangga dengan anda,” Tambah Anwar yang kit Siang atas integriti dan iltizamnya untuk kekal konsisten dan tidak pernah mengalah, serta tidak pernah berkompromi dengan nilai dan prinsip.`|

Bagaimanapun, disebalik hasrat mahu bersara ini, atas ketokohannya, beliau kemudiannya dinamakan sebagai mentor DAP oleh jawatankuasa pusat.



Post a Comment

0 Comments