SPR digesa siasat mengapa daftar undi pos kurang


PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menjalankan siasatan mengenalpasti punca berlakunya kekurangan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap dalam satu sidang media di Muar pada Sabtu, Pengerusi KEADILAN negeri, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, hanya 7,814 undi pos bagi warganegara Malaysia berada di luar negara yang berdaftar daripada 200,000 rakyat di sana.

“Jumlah undi ini sangat membimbangkan. Jika benar terdapat anggaran 200,000 rakyat Johor yang tinggal di Singapura layak mengundi secara pos dan hanya 7,814 yang berdaftar, maka ini hanya 0.04 peratus sahaja.

“Apakah punca begitu rendah peratusnya? Adakah kerana masa, hebahan dan galakkan tidak tidak mencukupi oleh SPR?” soalnya.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, C Subramani; Gambir, Naim Jusri; Pemanis, Yoong Thau; Sri Medan, Azmi Masrani dan Sungai Balang, Abdullah Sahid.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, SPR juga perlu mengkaji sistem pendaftaran undi pos dalam talian yang dipercayai mempunyai masalah teknikal untuk mendaftar.

SPRM turut digesa perbaiki masalah teknikal
"Memang ada aduan yang diterima dalam kalangan pengundi di Johor yang ingin mendaftar, namun gagal kerana ada masalah teknikal.

"SPR bukan sekadar hanya jalankan pilihan raya, tetapi mereka seharusnya memastikan rakyat boleh mengundi dengan adil, telus dan terbuka,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments