SEORANG penganalisis politik melihat sikap bekas Pengerusi parti Bersatu, Dr Mahathir Mohamad enggan menyokong Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca utama Pakatan Harapan (HARAPAN) ‘retak’
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura yang dipetik laporan FMT berkata, sikap Mahathir itu yang juga tidak mahu menyerahkan kuasa seperti dipersetujui pada dasarnya memecah-belahkan gabungan itu.
Pandangan itu disuarakan susulan kenyataan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir bahawa Anwar, yang juga Pengerusi HARAPAN, tidak cukup berusaha menyatukan parti pembangkang.
“Jika mereka beri sokongan kepada Anwar, Langkah Sheraton, yang akhirnya mencetuskan kejatuhan HARAPAN, tidak akan berlaku.
“Landskap politik kita kini berantakan terutama disebabkan dua beranak ini enggan menyokong Anwar,” katanya.
Mahathir dalam beberapa sidang media sebelum kejatuhan kerajaan HARAPAN menegaskan janjinya untuk melakukan peralihan kuasa kepada Anwar, seperti dipersetujui mereka dalam manifesto pilihan raya.
Namun Mahathir beberapa kali dilihat cuba melengah-lengahkan usaha peralihan itu sehingga dikritik keras penyokong Anwar.
Peralihan kuasa tidak berlaku apabila Mahathir akhirnya meletak jawatan, dan 'kelompongan' itu diambil kesempatan Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yassin yang berpakat dengan beberapa Ahli Parlimen berpaling tadah dan Ahli Parlimen pembangkang termasuk dari kluaster mahkamah ketika itu untuk merampas majoriti sokongan Ahli Dewan.
Tun M tak penuhi janji serah kuasa kepada Anwar |
0 Comments