Lagi gesaan supaya Rafizi kembali aktif politik




PARTI KEADILAN memerlukan Naib Presidennya Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik dan meningkatkan peluang parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata

AHLI Parlimen Subang, Wong Chen membuat gesaan supaya Naib Presidennya Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik.

Menurut Wong Chen, “Rafizi adalah ahli politik yang terbukti, pejuang yang terbukti dan pemidato yang hebat. Ia membantu membina imej baik parti.

“Saya harap beliau akan kembali nanti tetapi beliau masih belum membuat keputusan. Bagaimanapun yang pastinya beliau akan menjadi bonus buat KEADILAN.”

"Jadi kita memerlukan orang seperti ini untuk kembali kepada parti.”

Bekas Ahli Parlimen Pandan berundur daripada politik pada Disember 2019 kerana ingin memberi tumpuan kepada projek syarikat pemula niaga.

Rafizi juga dilihat sebagai pencabar untuk jawatan Timbalan Presiden yang kosong dan kali terakhir disandang oleh Azmin Ali, yang dipecat susulan langkah Sheraton hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 2020.

Penyokong Rafizi baru-baru ini mendesak agar beliau kembali aktif dalam politik selepas Malaysiakini memetiknya sebagai berkata, beliau mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat keputusan.

Rafizi adalah bonus kepada parti


Bagaimanapun, pemimpin KEADILAN kelihatan berbelah bahagi mengenai prospek kepulangan Rafizi, dengan segelintir daripada mereka seperti Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Selangor Zainol Abidin Mohamed mengkritik keputusannya bersara daripada politik.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menyambut baik sekiranya Rafizi kembali aktif berpolitik kerana mampu berperanan membantu memperkukuhkan parti.

 

Post a Comment

0 Comments