Poster KEADILAN dibakar, bertandinglah secara matang - Chiong

 


CALON KEADILAN bagi DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern mengecam tindakan tidak bertamadun pihak yang membakar poster pilihan raya parti itu.

Melalui satu kenyataan, Chiong menegaskan bahawa tindakan seperti itu mencemarkan kempen pilihan raya negeri Johor.

Beliau mengajak lawan politik untuk bersaing secara sihat dan bermaruah tanpa perlu merosakkan poster parti lawan.

“Kepada sesiapa yang melakukan provokasi ini, marilah kita bertanding secara sihat dan membolehkan proses demokrasi berjalan dengan aman.

"Rakyat Johor adalah orang yang matang dan mereka tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk," kata Chiong.

Berdepan tiga lagi pencabar di Bukit Batu, Chiong menggesa penyokongnya supaya tidak bertindak balas.

Kejadian serupa turut berlaku di DUN Layang-Layang
Sebelum ini kejadian sama turut dilaporkan berlaku di berlainan di DUN Layang-layang, Kluang yang ditandingi bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Beliau turut menyatakan rasa kecewa apabila politik samseng kembali pada PRN itu.

“Kita tidak mahu budaya samseng ini kembali berleluasa.

“Kalau kita lihat, kita ingin kematangan dalam politik. Kalau boleh politik secara integriti dan ‘gentleman’, bukan budaya samseng serta buli,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments