PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan itu mampu mendapat sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan 12 Mac ini.
Anwar yang juga Presiden parti KEADILAN, menyatakan keyakinan itu berdasarkan kepada penerimaan komuniti itu sepanjang tempoh lima hari berkempen sejak Sabtu lalu.
“(Sokongan Felda) sekarang ini saya tengok ada perubahan yang lebih meyakinkan kerana sekurang-kurangnya sekarang (jentera) boleh tembusi (masuk kawasan Felda).
“Kalau dahulu tidak boleh, contohnya tadi di Buloh Kasap pun saya tengok (jentera) boleh masuk dan disambut oleh masyarakat tempatan,” katanya
Anwar berkata begitu selepas mengadakan ceramah kelompok bersama calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Yoong Thau di Felda Medoi, di sini petang semalam.
Sementara itu dipetik laporan Awani, Anwat juga menyangkal dakwaan kononnya memasuki hari kelima berkempen, rentak pertarungan parti hanya menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Warga Felda kini bersikap lebih terbuka |
Mengulas mengenai pelancaran manifesto dan calon menteri besar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri jelasnya, perkara itu menurut akan diputuskan dalam masa terdekat.
“Mesyuarat awal sudah ada, tetapi mesyuarat seterusnya kita belum tetapkan lagi dan kata putusnya akan dibuat masa terdekat,” katanya ringkas.
0 Comments