DATUK SERI ANWAR IBRAHIM hari ini mencabar kerajaan supaya membuka semula fail bagi kes jenayah yang didakwa berlaku pendakwaan terpilih semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).
Cabaran itu dibuat Ketua Pembangkang itu dalam Dewan Rakyat susulan dakwaan kenyataan Ismail sabri Yaakob yang membangkitkan persoalan sama ada ketika negara ditadbir HARAPAN, berlaku pendakwaan terpilih.
“Kalau Perdana Menteri mengandaikan di bawah kerajaan HARAPAN berlaku pendakwaan terpilih, tidak ada halangan sama sekali untuk Peguam Negara membuka fail-fail tersebut. Jangan bagi alasan dan buat sindiran,” katanya.
Anwar yang juga Presiden KEADILAN mengingatkan bahawa kerajaan HARAPAN ketika itu bahawa tidak ada had masa untuk menjalankan pendakwaan kes jenayah.
Dalam pada itu, Anwar menolak andaian dalam kalangan pemimpin yang percaya orang Melayu boleh menerima rasuah dengan menyifatkan pemimpin seperti itu sebagai “jumud” dan “kolot”.
“Ini penyakit yang harus diubati bermula dengan sikap pemimpin,” tegas Anwar.
“Mula (anggap) Melayu malas, kemudian (anggap) Melayu senang terima rasuah.” tambahnya.
Dedah bukti jika tanggapan benar berlaku |
Beliau bagaimanapun menambah “kita tidak tahu sama ada dulu ada pendakwaan terpilih atau tidak”.
0 Comments