SEORANG penganalisis berpandangan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengalah kepada desakan dari Umno supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini walaupun pendemik COvid-19 belum berakhir.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, PRU-15 mungkin berlaku selepas tamat tempoh perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Julai.
“Kini ia semua bergantung kepada Ismail. Kepentingan siapa yang beliau ingin utamakan? Sepatutnya kepentingan negara, maksudnya memanjangkan tempoh jawatan rakan Perikatan Nasional (PN) dalam Kabinet atau kepentingan Umno?” katanya dipetik laporan FMT.
Mengulas lanjut, Fauzi berkata, Ismail yang kini merupakan Naib Presiden dalam parti Umno akan tunduk kepada tuntutan tersebut kerana walaupun dia seorang perdana menteri, pemilihannya sebagai calon bagi pilihan raya akan datang tetap bergantung pada kepimpinan parti.
Ismail masih bergantung kepada pucuk pimpinan |
“Nampaknya HARAPAN memihak untuk meneruskan sokongan kepada beliau sehingga tamat penggal kerajaan sekarang,” katanya sambil berpandangan sama ada pilihan raya diadakan lewat atau dipercepatkan tidak memberi pengaruh besar kepada keputusan bagi PRU akan datang.
0 Comments