Negeri ditadbir HARAPAN tak bubar DUN hingga habis penggal


PAKATAN HARAPAN
(HARAPAN) mengambil pendirian tidak akan menasihati kerajaan negeri pimpinan gabungan itu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga penggal tamat tahun depan.

Majlis Presiden HARAPAN dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor.

“Ia mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih sangat terkesan akibat banjir besar, pandemik Covid-19, pendapatan berkurangan serta kos sara hidup meningkat mendadak,” katanya  mereka.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Madius Tangau.

Fokus usaha bantu rakyat, pulih semula ekonomi
Dengan pendirian itu bermakna kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pimpinan HARAPAN akan terus mentadbir sehingga penggal tamat pada April dan Mei 2023.

Dalam kenyataan itu juga majlis tersebut menegaskan bahawa semua usaha perlu difokuskan ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi.



Post a Comment

0 Comments