BEKAS Menteri Kewangan. Lim Guan Eng menyangkal dakwaan kononnya Pakatan Harapan (HARAPAN) gagal mentadbir sepanjang tempoh 22 bulan memerintah.
Setiausaha Agung DAP itu dipetik satu temu bual bersama portal FMT menyifatkan tuduhan itu salah dan tidak jujur.
Hujahnya, pengurangan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, pembaharuan dalam pemerolehan, pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan pemberian bantuan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai antara kejayaan gabungan itu.
“Terdapat banyak perkara yang kami buat. Kami ada tender terbuka dan simpanan yang kami selamatkan.
Kami juga dapat memastikan keadaan fiskal dan kewangan Malaysia tidak menjadi lebih teruk. Kami (juga) dapat mengemukakan pertuduhan terhadap mereka yang terlibat dalam 1MDB, kluster mahkamah. Kami hapuskan GST.” jelasnya.
Sebagai rekod, kerajaan HARAPAN yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu digulingkan setelah berlaku gerakan politik yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton'. beberapa Ahli Parlimen dari gabungan itu bertindak menyokong gabungan baharu yang turut disertai Ahli Parlimen dari parti-parti politik yang kalah pada PRU itu.
Sebelumnya, walaupun dalam tempoh pentadbiran kerajaan belum mencecah 2 tahun itu, kerajaan yang dipilih berdasarkan mandat rakyat itu cuba memenuhi sebanyak mungkin manifesto dan usaha reformasi dijanjikan mereka.
Namun lawan politik mereka memainkan pelbagai sentimen termasuk isu kaum dan agama terutama dalam isu pembunuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan beberapa aset Tabung Haji yang difitnah telah dijual kepada orang bukan Islam.
HARAPAN k'jaan pilihan rakyat pada PRU14 |
“Sebaliknya, mereka mahu kenakan cukai ke atas pendapatan, perolehan, keuntungan (yang dibuat) di luar negara yang dibawa balik ke Malaysia. Itu sangat memberi kesan kepada rakyat Johor kerana ramai yang bekerja di Singapura, dan banyak syarikat mengaut keuntungan di Singapura. Apabila anda membawa balik wang, mereka akan dikenakan cukai.” tambahnya menurut portal itu.
0 Comments