KEADILAN kecewa dengan pertembungan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin antara parti itu dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tegas Presidennya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita menghadiri program Santai Petang Malaysia di Port Dickson berkata, sebelumnya ketika mesyuarat mengenai pengagihan kerusi, tiada masalah timbul antara KEADILAN dan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lain kerana keputusan dibuat dengan semangat setiakawan.
Tetapi masalah timbul di DUN Larkin membabitkan MUDA.
"Kita dengan HARAPAN tiada masalah, berunding semasa mesyuarat... akhirnya kita patuh kepada semangat setiakawan, tetapi ini tidak berlaku di Larkin (dengan MUDA), sudah tentu dukacita," katanya.
DUN Larkin menyaksikan pertandingan enam penjuru. calon KEADILAN Dr Zamil Najwah Arbain ditentang Rasid Abu Bakar (MUDA);Hairi Md Shah (Barisan Nasional) dan calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang
pertandingan itu turut disertai Pendakwah bebas Norramadan Buan sebagai calon Bebas serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mohamad Riadz Mohamad Hashim.
Sementara itu semasa ditanya mengenai kesan daripada pertembungan kerusi tersebut, Anwar berkata rakyat harus menilai kedudukan sebenar bahawa perlunya satu pembangkang yang kuat, konsisten serta tidak boleh disogok dan dibeli.
Dalam pada itu, Anwar berkata, HARAPAN tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu.
“Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesaikan isu kerusi dengan beberapa parti komponen yang membabitkan PKR, DAP dan Amanah.
“Buat masa sekarang kita mahu tumpukan kawasan membabitkan parti dalam PH terlebih dulu,” katanya lagi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita menghadiri program Santai Petang Malaysia di Port Dickson berkata, sebelumnya ketika mesyuarat mengenai pengagihan kerusi, tiada masalah timbul antara KEADILAN dan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lain kerana keputusan dibuat dengan semangat setiakawan.
Tetapi masalah timbul di DUN Larkin membabitkan MUDA.
"Kita dengan HARAPAN tiada masalah, berunding semasa mesyuarat... akhirnya kita patuh kepada semangat setiakawan, tetapi ini tidak berlaku di Larkin (dengan MUDA), sudah tentu dukacita," katanya.
DUN Larkin menyaksikan pertandingan enam penjuru. calon KEADILAN Dr Zamil Najwah Arbain ditentang Rasid Abu Bakar (MUDA);Hairi Md Shah (Barisan Nasional) dan calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang
pertandingan itu turut disertai Pendakwah bebas Norramadan Buan sebagai calon Bebas serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mohamad Riadz Mohamad Hashim.
Sementara itu semasa ditanya mengenai kesan daripada pertembungan kerusi tersebut, Anwar berkata rakyat harus menilai kedudukan sebenar bahawa perlunya satu pembangkang yang kuat, konsisten serta tidak boleh disogok dan dibeli.
Pertembungan calon pembangkang mengecewakan |

0 Comments