Tolak PN-BN, rakyat Johor mesti mulakan gelombang reformasi




RAKYAT negeri Johor diingatkan supaya jangan tersilap langkah dalam membuat pilihan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sembrong, Mohd Shahrun Radzi Salehudin berkata, rakyat Johor akan terseksa dan akhirnya mangsa untuk diratah secara mentah oleh pimpinan politik yang mahu terus kekal berkuasa dan mengkayakan pihak tertentu.

Dipetik laporan Malaysia dateline, Mohd Shahrun berkata sejak pemerintahan kerajaan BN-PN, pelbagai kerosakan ketara telah terserlah, apa lagi dengan nafsu yang tinggi bagi memastikan tampuk pemerintahan sekali lagi didominasi oleh parti itu.

“Sejak pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’ kita dapat lihat betapa kerosakan besar berlaku dalam masyarakat apabila banyak pimpinan politik diisi temolok mereka dengan menguasai GLC dan seumpamanya.

“Begitu juga dengan kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan legasi yang ditinggalkan dengan menjadikan PN pula sebagai medium untuk menguasai kleptokrasi yang telah sekian lama menjadi amalan.

Rakyat Johor digesa tolak calon BN dan PN
“Rakyat negeri Johor wajib membuat reformasi kali ini dengan menolak secara total kepimpinan Umno-BN maupun PN sekiranya tidak mahu nasib rakyat terus dihimpit dengan pelbagai masalah ekonomi dan sara hidup seperti mana sedia ada tatkala ini,” kata Ketua KEADILAN Cabang Sembrong itu dipetik.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa HARAPAN untuk membawa pembaharuan kepada rakyat negeri Johor.

Justeru katanya, mandat yang ada di tangan rakyat Johor khususnya pengundi muda harus digunakan semaksima mungkin pada PRN kali ini.

Post a Comment

0 Comments