PRN Johor: pastikan ditahap optimal - Anwar

 

PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak memainkan peranan bagi memastikan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak berada di tahap optimal.

Beliau yang juga Presiden KEADILAN berkata, langkah itu wajar dilakukan bagi memanfaatkan sepenuhnya proses pengundian di samping memastikan kelangsungan sistem demokrasi yang adil biarpun berdepan kekangan pandemik COVID-19.

"Dalam sistem demokrasi, galakan kita ialah semua rakyat menggunakan hak mereka utk mengundi.

"Ini tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Multimedia) dan tanggungjawab parti masing-masing untuk kerah seluruh pengundi dan anggota untuk keluar (mengundi).

“Ramai pengundi di Singapura, apakah dia nak guna SOP (prosedur operasi standard) yang ketat? Peraturan yang tak tentu arah? Ataupun cari jalan selesaikan masalah ini? Adakan PRN dalam kekangan COVID-19 dan selepas Raya Cina dan Cap Goh Mei.

Oleh (yang) demikian cari jalan selesaikan memudahkan janganlah semua tumpukan kedutaan," kata Anwar.

Anwar gesa SPR mudahkan urusan undi

Selain itu, jentera parti juga, kata Anwar, perlu dikerahkan bagi membawa keluar sebanyak mungkin penyokong untuk mengundi pada PRN Johor nanti.

SPR juga disaran untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu kira-kira 200,000 rakyat Johor yang terkandas di Singapura ekoran sekatan SOP untuk pulang mengundi.

Post a Comment

0 Comments