BEKAS Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin gagal mengetepikan saman fitnah difailkan Anwar Ibrahim berhubung kenyataan “main belakang” yang dibuatnya pada satu perhimpunan politik pada 2008.
Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy terhadap liabiliti dan ganti rugi RM150,000 yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2017 untuk Anwar.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Lee Swee Seng sebulat suara memutuskan tiada kesilapan yang boleh dirayu Khairy yang memerlukan semakan oleh mahkamah lebih tinggi.
Mereka turut memutuskan hakim secara tepat mendapati kenyataan itu, dalam konteks analogi dan kiasan serta makna sebenar dan kesimpulan, boleh bersifat fitnah
“Tiada justifikasi untuk campur tangan Mahkamah Rayuan dan rayuan itu ditolak. Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan,” kata Goon, yang bersidang bersama Lee Swee Seng dan Ghazali Cha.
Susulan itu panel juga mengarahkan Khairy untuk membayar RM50,000 sebagai ganti rugi kos kepada Anwar.
Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan yang Khairy telah memfitnah Anwar dengan kenyataan itu yang dibuat pada ceramah sejurus sebelum pilihan raya umum ke-12.
Khairy yang kini Menteri Kesihatan dibawah kerajaan Ismail Sabri Yaakob diarah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada Anwar.
Ketika pendengaran pada 2 November lalu, peguam Khairy dalam penghujahan berkata kenyataan Khairy tidak merujuk kepada kes liwat yang dihadapi Anwar, tetapi berhubung kerjasama pembangkang (marriage of convience) menjelang PRU 2008.
Anwar menang, rayuan Khairy ditolak |
Anwar mendakwa ucapan Khairy memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.
0 Comments