Anwar gesa KJ bertindak proaktif kekang wabak Covid-19


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengambil langkah proaktif dalam membendung peningkatan kes harian Covid-19 di negara ini.

Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen membuat gesaan itu susulan kes harian yang melebihi lima angka yang amat membimbangkan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

"Kita rasa kesal bila 10,000 kes, ini bukan nombor, tapi (bilangan) orang yang terlibat bila keluarga mereka sakit, mereka tertekan dan sebagainya serta anak-anak kita di sekolah," kata Anwar.

Anwar sebelumnya hadir ke Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Shah Alam semalam.

Kementerian Kesihatan pada Ahad melaporkan 10,089 kes baru Covid-19. Jumlah itu merupakan rekod tertinggi dalam masa 127 hari sejak 2 oktober lalu.

Kes kumulatif berkaitan wabak itu kini menghampiri angka 3,000,00 kes dengan kes kematian dicatatkan setakat semalam adalah seramai 32,025 orang.

Sementara itu, Anwar turut membuat gesaan agar prosedur operasi standard (SOP) diberi keutamaan terutama ketika kempen PRN yang akan dijalankan kelak.

Beliau juga mengharapkan pihak berwajib memberi penekanan aspek sama rata dan tidak berat sebelah.

Tambahnya, walaupun pihaknya memahami bahawa syarat-syarat ketat perlu dikenakan bagi mengekang penularan wabak itu, namun ruang yang sewajarnya perlu diberikan kepada calon-calon yang ingin berkempen untuk PRN Johor.

KJ digesa bertindak proaktif kekang penularan
"Nak ada pilihan raya, kemudian dia (kerajaan) ketat kan SOP, dia boleh kempen guna media, kita minum kopi. Ini politik apa macam ini?

"Bagi saya jangan guna ini (kuasa) untuk menekan kita (pembangkang)… jangan buat macam di Melaka.

"Bagi syarat-syarat macam dalam dewan, di luar, umpamanya di kawasan padang, dihadkan jumlah," kata Anwar lagi.

Post a Comment

0 Comments