BADAN pemantau reformasi pilihan raya Bersih dan kebangkitan usaha sosial rakyat (Rose) mengenal pasti 60 penyelewengan dan salah laku pilihan raya dilakukan oleh parti-parti politik, termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya Sarawak pada 18 Disember tahun lalu.
Dalam satu kenyataan media bersama, mereka mendakwa 37 daripada kesemua kesalahan dikenal pastu itu dilakukan oleh gabungan parti pemerintah GPS, manakala satu oleh Pakatan Harapan dan empat oleh calon bebas.
SPR dan pihak berkuasa lain dakwa mereka melakukan 16 salah laku dan penyelewengan. Ia adalah isu berkaitan daftar pemilih dan hari pengundian (12 kes), salah laku pada hari pengundian (empat kes) dan pegawai yang memihak (tiga kes).
“Antara kes salah laku yang dicatatkan oleh pemerhati ialah ketua menteri sementara Abang Johari Openg dan juga calon GPS di kerusi Gedong mengumumkan beberapa projek di sekitar kawasan DUN Gedong semasa berkempen,” kata mereka.
Ia termasuk pengumuman projek infrastruktur |
“Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang di bawah Pejabat Ketua Menteri digunakan untuk tujuan berkempen bagi parti politik kerajaan sementara dalam media termasuk media sosial.
“Perbuatan seperti ini menyalahgunakan sumber kerajaan negeri untuk berkempen,” kata mereka dipetik laporan sebuah portal.
0 Comments