Calon DUN Bekok dakwa wakil PN ghairah 'beli undi'


CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Bekok mendakwa ada pihak dari Perikatan Nasional (PN) sedang ghairah "membeli undi" daripada orang ramai.

Dalam satu kenyataan, M Kanan berkata  kejadian berlaku pada satu majlis anjuran PN, ia jelasnya turut membabitkan Tan Lek Kang yang disebut-sebut akan dicalonkan untuk kerusi sama.

Senasa program itu berlangsung dakwa Kanan, Lek Kang menyampaikan wang tunai, kotak bantuan, mengedarkan makanan percuma dan menukar minyak hitam motosikal secara percuma di kawasan terbabit.

"Bakal calon PN (yang disebut-sebut), Tan Lek Kang sedang ghairah menyajikan petrol, minyak enjin dan makanan kepada orang awam secara berleluasa.

"Salah laku ini dihebahkan tanpa segan silu di sekitar DUN Bekok menggunakan papan iklan dan kain rentang,”katanya.

DUN Bekok merupakan Kerusi separa bandar itu merangkumi 51 peratus pengundi Cina, 29 peratus Melayu, 18 peratus India dan tiga peratus lain-lain.  

PH, BN dan PN akan bertanding di kerusi itu manakala Warisan juga sedang mengintai kemungkinan untuk bertanding di DUN bawah Parlimen Labis itu.

Mahu SPR ambil tindakan tegas
DAP memenangi kerusi DUN Bekok dengan majoriti 2,457 undi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Sementara itu, Kanan dalam kenyataanya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap perbuatan "membeli undi" itu bagi mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap sistem demokrasi negara yang dikendalikan oleh agensi berkenaan.
 

 

Post a Comment

0 Comments