BERSIH gesa kerajaan tubuh jawatankuasa bebas audit daftar pemilih.


KERAJAAN digesa supaya segera menubuhkan sebuah jawatankuasa audit daftar pemilih bebas.

Gesaan itu disuarakan Badan pemantau pilihan raya, BERSIH  susulan laporan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang mempersoalkan penyelewengan, termasuk pemilih meninggal dunia dan tamat tempoh dalam daftar pemilih untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Dalam satu kenyataan BERSIH berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu segera menubuhkan jawatankuasa audit daftar pemilih bebas untuk menyemak dan mengaudit daftar pemilih.

Tambah mereka, penubuhan jawatankuasa itu adalah penting bagi memastikan integriti daftar pemilih berikutan kemasukan pemilih baharu, Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik, yang menyaksikan pertambahan 5.8 juta pemilih baharu di seluruh negara.

“Jawatankuasa ini mesti melibatkan semua pihak, termasuk pembangkang, pakar pilihan raya dan pertubuhan masyarakat sivil,” katanya badan itu.

Terdahulu, Fuziah yang juga  Pengarah Pilihan Raya KEADILAN menuntut SPR menjelaskan beberapa perkara 'aneh' dalam daftar pemilih baharu yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara 30 Sept dan 31 Dis 2021.

BACA: Perkara 'aneh' dalam daftar pemilih, integriti SPR dipersoal

 
Sementara itu BERSIH juga menggesa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara meneliti dakwaan Fuziah kerana kedua-dua agensi itu bertanggungjawab mendaftarkan nama dalam daftar pemilih.

“SPR juga perlu lebih berhati-hati supaya nama yang dimasukkan dalam daftar pemilih adalah sah.

Keyakinan pengundi mesti dijaga
“Keyakinan pengundi terhadap integriti daftar pemilih adalah penting supaya proses dan keputusan pilihan raya dapat diterima oleh semua pihak,” kata mereka.

PRN Johor akan diadakan pada 12 Mac, dengan pencalonan ditetapkan pada 26 Feb. Pengundian awal akan berlangsung pada 8 Mac.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom, berkata terdapat 756,247 pengundi baharu dalam PRN ini dengan 176,618 daripadanya berumur antara 18 dan 20 tahun.

Post a Comment

0 Comments