SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan integriti data Daftar Pemilih Tambahan (DPT)
Pengarah Pilihan Raya Pusat KEADILAN Fuziah Salleh mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan integriti data Daftar Pemilih Tambahan (DPT).
Gesaan itu dibuat selepas pihaknya menerima pelbagai aduan daripada unit data parti-parti Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan data pelik dalam daftar itu selepas beberapa semakan ke atas nombor kad pengenalan nama pemilih mendapati ia telah “meninggal dunia” dan “tamat tempoh”.
“Seperti ‘Deceased’ (meninggal dunia) dan ‘Expired’ (tamat tempoh) sebagai nama pemilih.
“Maka saya sendiri membuat semakan pemilih di laman web SPR menggunakan sampel no kad pengenalan daripada DPT tersebut. Ternyata aduan tersebut adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan.
Bekas Timbalan Menteri itu menegaskan SPR sebelum ini menyediakan Rang DPT setiap suku tahun yang dipamerkan kepada awam serta dibekalkan secara percuma untuk disemak oleh parti politik dan individu untuk membuat bantahan sebelum DPT diwartakan.
Bagaimanapun katanya, amalan berkenaan tidak lagi diteruskan dan DPT terpaksa dibeli oleh parti politik dengan kos mahal untuk tujuan menyemak kesahihan maklumat.
“Saya gesa SPR membuat kenyataan secara terbuka berkenaan integriti data yang telah diwartakan tersebut. Bagaimana SPR boleh mewartakan sesuatu data melibatkan lebih 5.8 juta pengundi tetapi dikhuatiri kesahihannya?
“Adakah pilihan raya negeri Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac akan dikompromi keputusannya kerana terdapat ‘irregularities’ (penyelewengan) pada daftar pemilih yang telah diwartakan?,” tambah Ahli Parlimen Kuantan itu.
Fuziah berkata, pada 14 Jan, SPR memperakui dan mewartakan DPT sehingga Dis 2021. Kemudian pada 7 Feb, SPR mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk 2021 bagi seluruh negara dan memaklumkan bahawa ia sudah sedia untuk dibekalkan kepada parti politik, katanya.
SPR dituntut beri penjelasan segera |
“Apakah alasan sebenar kegagalan tersebut? Adakah ia disebabkan data berikut terdapat kesalahan atau ia disebabkan SPR tidak mahu membekalkan senarai tersebut kepada pihak pembangkang?
“Atau apa sebenarnya? Berkali- kali pihak unit data HARAPAN tidak dibenarkan membeli DPT BLN12/2021 dengan pelbagai alasan,” dakwanya.
0 Comments