Shebby Singh meninggal dunia

 


BEKAS
pemain skuad bola sepak negara, Serbegeth Singh dilapor meninggal dunia petang tadi.

Mendiang yang lebih dikenali sebagai Shebby Singh dan berusia 61 tahun dilaporkan jatuh pengsan pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Kledang, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, polis sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.

Mendiang semasa zaman mudanya menyarung jersi kebangsaan antara 1982 hingga 1991 dan pernah beraksi untuk pasukan Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak sebelum bersara pada 1996.

Memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983.

Shebby rebah ketika berbasikal
Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.

Shebby kekal berada dalam lingkungan bola sepak apabila sering menjadi hos atau tetamu dalam program sukan selain pernah mengendalikan skuad kebangsaan serta penasihat kelab global Blackburn Rovers pada 2012.

Post a Comment

0 Comments