Proses pinda Akta 342 mesti dibuat secara betul


JAWATANKUASA Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi mempertimbang dan meneliti pilihan lain bagi memastikan pematuhan terhadap pindaan Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342.

Pengerusinya, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dalam satu kenyataan berkata, hal itu bagi mengimbangi akta berkenaan tidak disalah guna pihak tertentu jika pindaannya diluluskan Dewan Rakyat.

“Jawatan kuasa akan terus menumpukan perhatian kepada hala tuju dasar rang undang-undang dan cuba mencapai kesepakatan bagi memastikan kita mengimbangi keperluan kemas kini dalam isu penyakit berjangkit.

“Ini terutama apabila ia datang dengan penguatkuasaan yang tidak wajar dan golongan rentan yang menjadi mangsa.

“Walaupun rang undang-undang ini mungkin penting, tetapi prosesnya mestilah betul. Kerajaan tidak seharusnya cuba menjentik mana-mana rang undang-undang terutama apabila melibatkan isu kepentingan awam,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Azmi Ghazali membentangkan pindaan akta 342 bagi menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang itu.

Mengikut rang undang-undang tersebut, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini selain mencadangkan syarikat yang melakukan kesalahan saman dikompaun sehingga maksimum RM1 juta.

Walau bagaimanapun pindaan itu dikritik setelah denda yang dicadangkan dilhat keterlaluan.

Susulan kritikan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penagguhan terhadap cadangan itu.
 
Mengulas lanjut, Kelvin yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, pihaknya telah menyuarakan kebimbangan mengenai akta tersebut kepada Khairy dan Noor Hisham.

Cadangan pindaan sebelum ini dikritik
“Jumlah denda yang ditetapkan kerajaan perlu berasas dan menjadi penanda aras terhadap amalan negara lain, selain kewajaran denda yang tinggi akan meningkatkan tahap pematuhan.

“Isu penguatkuasaan terpilih dan tidak terkawal yang mungkin membawa kepada rasuah dan cara melindungi orang ramai daripada perkara itu turut dibangkitkan.

“Kesemuanya perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat seterusnya,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments