KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Azhar Harun tidak seharusnya menyekat mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi membincangkan pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata begitu kepada pemberita ketika keputusan speaker parlimen bahawa pendengaran sesi tersebut tidak dibuka kepada umum seperti digesa banyak pihak baru-baru ini.
Kata Anwar, kes Azam Baki tidak boleh dijadikan sesi tertutup kerana ia telah melibatkan kepentingan awam.
"Pertamanya, isu ini wajar diberi perhatian dan ini suatu tuduhan terhadap KP SPRM, sepatutnya dia diberi ruang untuk memberi pembelaan atau penjelasan.
"Jadi tidak ada sebab mengapa hal ini dipersulitkan," katanya dalam satu program di Kuah, Langkawi.
Azhar dpetik laporan media berkata, mesyuarat PSC Agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan pada Rabu ini tidak akan dibuka kepada orang ramai berikutan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Peraturan itu dakwanya terpakai bagi semua prosiding PSC.
Sementara itu, Anwar mendakwa speaker tidak boleh diperalatkan tanpa menjelaskan pihak yang dimaksudkannya itu.
"Mula-mula speaker melarang pendedahan kepada media. Ini bidang kuasa speaker.
"Dia tidak boleh diperalatkan untuk menyekat perbicaraan meluas kerana ini merupakan hal kepentingan awam.
"Semua orang tahu, jadi macam mana dia nak jadikan isu ini tertutup? Saya akan bincang dengan pengerusi PSC untuk mengambil tindakan berikutnya," katanya.
Dalam perkembangan sama, difahamkan bahawa sidang PSC yang dijadualkan itu ditangguhkan susulan bantahan daripada Azam terhadap cara siasatan itu.
Kes Azam dah jadi pengetahuan umum |
Namun sesemua empat ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa PSC itu kemudian membantah keputusan untuk menunda mesyuarat PSC pada Rabu ini.
0 Comments