PEGUAM yang juga Ahli Parlimen Puchong mahu Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menjelaskan bagaimanakah pihak SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). boleh menyiasat dengan betul antara satu sama lain terutamanya apabila siasatan berkenaan melibatkan pegawai tertinggi di kedua-dua institusi yang mana aduan telah dibuat ke atas mereka.
Gobind Singh Deo menuntut penjelasan itu ekoran timbulnya skandal yang menyelubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berhubung pemilikan saham yang hangat diperkatakan.
Kata Gobind, pada 6 Jan lalu SC dilaporkan akan berhubung dengan Azam tentang perkara tersebut, dan lima hari kemudian SPRM pula dilaporkan menerima aduan salah laku berkenaan “individu tertentu dalam pengurusan tinggi dan lembaga pengarah SC”.
Situasi itu katanya kelihatan seolah-olah SC dan SPRM sedang menyiasat individu dalam institusi itu antara satu sama lain pada ketika ini.
“Peguam Negara mesti menyatakan sama ada wujud konflik atau tidak, serta kemungkinan siasatan akan dikompromikan, atau dilihat sebagai dikompromikan di dalam keadaan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Gobind lagi, memandangkan Azam masih kekal sebagai ketua SPRM, maka dia masih bertanggungjawab atas arahan, kawalan dan penyeliaan semua perkara yang berkaitan dengan suruhanjaya itu - seperti termaktub dalam Seksyen 5 Akta SPRM.
Pada masa sama, Gobind mempersoalkan apakah individu yang terlibat dalam laporan salah laku SC masih dapat menentukan bagaimana siasatan dijalankan di suruhanjaya itu, memandangkan ia dilaporkan membabitkan “individu dalam pengurusan tinggi dan lembaga pengarah dalam SC”.
“Adakah Peguam Negara berpendapat bahawa siasatan dalam keadaan sedemikian adalah wajar dan meyakinkan?
“Dia mesti juga menerima bahawa sekiranya sesuatu kes diteruskan ke mahkamah sebagai akibat daripada penyiasatan ini, isu yang berkaitan dengan konflik dan kompromi juga boleh timbul yang mungkin ada kesan terhadap perbicaraan itu.
“Peguam Negara mesti bersuara dan menjelaskan perihal ini. Adakah ini wajar dan jika tidak apa yang telah beliau lakukan berurusan dengannya?” soal Gobind lagi.

Apakah siasatan tidak akan dikompromi? |