KERAJAAN negeri Selangor memperuntukkan segera berjumlah lebih RM40 juta yang diluluskan bagi pemulihan dan pengukuhan sungai, cerun dan tebing jalan terjejas akibat banjir di negeri itu bulan lalu.
Menteri Besar, Amirudin Shari dalam satu sidang media pasca banjir berkata, peruntukan itu hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam, yang antara lain meluluskan peruntukan RM9.18 juta bagi 13 projek kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.
“Ini membabitkan usaha pengukuhan tebing sungai, pembinaan ban sungai, pembinaan aras platform Tenaga Nasional Berhad, pembelian set penjana mudah alih serta penambahan sistem amaran banjir di kawasan titik penting,” katanya.
Daripada jumlah itu jelasnya, RM31.7 juta diluluskan kerajaan negeri kepada Jabatan Kerja Raya Selangor bagi projek kritikal seperti pembersihan runtuhan cerun dan tebing jalan agar laluan ditutup dapat dilalui semula.
Bagi kerja pemulihan dan pembaikan sungai, termasuk infrastruktur yang sebahagiannya sudah dimulakan dan ia dijangka dapat diselesaikan dalam sebulan hingga dua bulan lagi.
“Kita telah mengenal pasti 876 rumah memerlukan baik pulih, manakala 32 lagi perlu dibina baharu," jelasnya.
Pembinaan semula rumah hanyut akibat banjir katanya akan turut dilaksanakan secara bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan kerajaan persekutuan.
Mengenai operasi pembersihan pasca banjir pula Amirudin berkata, kerajaan negeri menyasarkan semua kerja terbabit akan selesai hujung bulan ini.
“Fasa pertama kutipan sisa banjir diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya 14 Jan, disusuli fasa kedua pembersihan selama dua minggu yang melibatkan pembersihan kawasan dan longkang tersumbat akibat sampah yang hanyut sewaktu banjir.” tambahnya lagi.
Menteri Besar, Amirudin Shari dalam satu sidang media pasca banjir berkata, peruntukan itu hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam, yang antara lain meluluskan peruntukan RM9.18 juta bagi 13 projek kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.
“Ini membabitkan usaha pengukuhan tebing sungai, pembinaan ban sungai, pembinaan aras platform Tenaga Nasional Berhad, pembelian set penjana mudah alih serta penambahan sistem amaran banjir di kawasan titik penting,” katanya.
Daripada jumlah itu jelasnya, RM31.7 juta diluluskan kerajaan negeri kepada Jabatan Kerja Raya Selangor bagi projek kritikal seperti pembersihan runtuhan cerun dan tebing jalan agar laluan ditutup dapat dilalui semula.
Bagi kerja pemulihan dan pembaikan sungai, termasuk infrastruktur yang sebahagiannya sudah dimulakan dan ia dijangka dapat diselesaikan dalam sebulan hingga dua bulan lagi.
“Kita telah mengenal pasti 876 rumah memerlukan baik pulih, manakala 32 lagi perlu dibina baharu," jelasnya.
Pembinaan semula rumah hanyut akibat banjir katanya akan turut dilaksanakan secara bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan kerajaan persekutuan.
Kerja pembersihan pasca banjir hampir selesai |

0 Comments