SEORANG Ahli Parlimen pembangkang bersedia menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma kepada pemberi maklumat yang berdepan ancaman undang-undang daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Lim Lip Eng (HARAPAN- Kepong) membuat tawaran itu selepas Azam menuntut permohonan maaf dan RM10 juta daripada pemberi maklumat Lalitha Kunaratnam kerana mendedahkan mengenai dakwaan pemilikan berjuta-juta saham dalam dua syarikat senaraian awam oleh Azam.
"Pasukan guaman DAP Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatannya kepada Lalitha secara pro bono untuk mempertahankan kesnya di mahkamah undang-undang.
“Azam tidak wajar mengeluarkan surat tuntutan itu.
"Dia sepatutnya meminta siasatan penuh terhadap dakwaan pertuduhan konflik kepentingan terhadapnya," kata Lim yang merupakan seorang peguam dalam satu kenyataan.
Terdahulu, pemilikan saham pada 2015 dan 2016 menimbulkan persoalan sama ada ia setimpal dengan pendapatannya sebagai penjawat awam atau tidak.
Azam kemudian mendakwa saham itu bukan miliknya tetapi dibeli atas namanya oleh adik lelakinya. Kemudian, saham itu telah dipindahkan kepada adiknya.
Bagaimanapun, penjelasan itu menarik perhatian Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana kemungkinan penyalahgunaan akaun dagangan.
Azam tuntut RM 10 juta dari pemberi maklumat |
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk mahfuz Omar turut menggesa sidang khas Dewan Rakyat pada 20 Jan ini ditambah kepada enam hari dngan tiga hari diperuntukkan bagi membahaskan isu pemilikan saham tersebut.
0 Comments