LAGI gesaan dibuat agar Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi pemudah cara dalam memastikan kira-kira 200,000 rakyat Johor yang bekerja di Singapura agar dapat mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam satu sidang media diadakan di pejabat parti KEADILAN Johor semalam berkata setiap rakyat berhak mengundi.
Justeru tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memperkuat proses demokrasi seadil dan sebaik mungkin dengan mencari jalan walau menghadapi sekatan prosedur operasi standard (SOP).
Antara perkara yang mungkin boleh kerajaan jelasnya adalah dengan mempertimbang menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) khas atau membuka pusat mengundi di republik berkenaan.
“Sebagai contoh perlu ada VTL khas untuk rakyat Malaysia pulang mengundi atau kita boleh buka pusat mengundi di Singapura.
"Undi pos ini perlu kemampuan menguruskannya, manakala sekiranya pusat mengundi dibuka di Singapura, proses membawa peti undi ke negara perlu dilakukan secara telus dan sekali gus mengelakkan timbul pertikaian,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu.
Sebelum ini seorang bekas timbalan menteri menyatakan kebimbangnya bahawa hak rakyat Johor yang bekerja dan menetap di Singapura bakal dinafikan sekiranya sesuatu tidak dilakukan bagi memudahkan mereka membuang undi.
Teo Nie Ching menegaskan, sekiranya perkara itu berlaku, peratusan keluar mengundi yang rendah akan memberi kesan kepada keputusan PRN tersebut.
Justeru, beliau menggesa SPR menyediakan pusat mengundi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Ada dakwaan sebelum ini bahawa PRN itu dirancang diadakan dengan mensasarkan jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah.
BACA: Johor jadi mangsa kehendak Umno
Speaker DUN Johor dipetik laporan Malaysia dateline baru-baru ini mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berpunca daripada idea ‘war room’ Umno.
Suhaizan Kaiyat berkata, bilik perang Umno menyasarkan keluar undi yang rendah di bawah 65 peratus bagi memastikan kemenangan parti itu.
Jangan sulitkan urusan pengundi |
“Ini yang Umno hajat dan Johor menjadi mangsa dari kehendak Umno yang memang mahukan strategi mereka itu dapat direalisasikan," kata Suhaizan dipetik
0 Comments