SPEAKER DUN Johor, Suhaizan Kaiyat mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berpunca daripada idea ‘war room’ Umno sebelum ini.
Dipetik laporan portal Malaysia dateline, Suhaizan berkata, bilik perang Umno sudah merancang untuk mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) di negeri itu. dengan menyasarkan keluar undi yang rendah di bawah 65 peratus.
“Apa yang berlaku hari ini di Johor adalah suatu perkara yang memang sudah dirancang oleh Umno sendiri melalui Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Hassan yang menyatakan bahawa Umno akan menang besar sekiranya peratusan keluar undi yang rendah.
“Ini yang Umno hajat dan Johor menjadi mangsa dari kehendak Umno yang memang mahukan strategi mereka itu dapat direalisasikan.
“Ini adalah suatu yang tidak bermoral dan memangsakan rakyat di negeri dengan pelbagai agenda yang tertangguh akibat dari pembubaran DUN ini,” katanya dipetik laporan portal itu.
Sebelum ini Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui kemenangan besar parti itu pada PRN Melaka baru-baru ini disumbang oleh peratusan keluar mengundi yang rendah.
Jelasnya, Umno berjaya memanfaatkan situasi yang disifatkan sebagai ‘perfect storm’ dengan menumpukan kepada strategi untuk meyakinkan pengundi ‘in-site’ atau pengundi yang berada di Melaka supaya keluar mengundi dan tidak memanggil pengundi luar untuk pulang.
Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor, Aminolhuda Hassan menganggap pembubaran DUN Johor seolah-olah ' ada udang di sebalik batu'
Umno didakwa dah lama rancang |
Bahkan katanya, sempadan Singapura yang masih belum dibuka sepenuhnya bakal menghalang rakyat untuk pulang mengundi.
0 Comments