BEKAS Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan pusat mengundi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Dalam kenyataan, Mie Ching berkata bahawa rakyat Johor yang bekerja dan menetap di Singapura tidak boleh dinafikan hak mereka untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
“Untuk menyertai pilihan raya, ratusan ribu pengundi Johor perlu mendaftar dan mengundi secara pos.
“Tetapi saya percaya bahawa tiada halangan harus diletakkan di laluan pengundi. Proses mengundi juga tidak perlu menyusahkan,” kata Ahli Parlimen Kulai itu.
Difahamkan terdapat kira-kira 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan ramai daripada mereka berasal dari Johor.
Laluan perjalanan vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura mengehadkan bilangan orang yang boleh pulang untuk mengundi dalam pilihan raya.
Ketidakhadiran ramai pengundi pada PRN itu nanti dibimbangi akan menjejaskan keputusan PRN.
Sementara itu Nie Ching mengingatkan SPR bahawa keengganan untuk memudahkan pengundi Johor yang menetap di Singapura adalah satu sikap tidak menghormati hak perlembagaan dan demokrasi mereka.
Dala perkembangan sama, sekumpulan anak muda dan mahasiswa mengumumkan pembentukan satu Sekretariat Pulang Undi Johor bagi menyemarakkan semangat demokrasi untuk pulang mengundi pada PRN Johor nanti.
Mereka percaya ramai pengundi muda termasuk mahasiswa atau orang muda yang baru sahaja bekerja bakal mengundi di PRN Johor nanti tidak mampu pulang mengundi kerana kos pulang agak tinggi dan membebankan, selain pengurusan ekonomi yang bermasalah sehingga mengalami masalah peluang pekerjaan
“Justeru kami akan cuba menggerakkan kempen Johor Undi di mana sedaya upaya cuba mengusahakan kemudahanan pengangkutan awam dan perkhidmatan bas," kata kumpulan itu pada satusidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kempen mahasiswa itu yang dinamakan kempen Johor Undi disokong lebih 15 badan bukan kerajaan antaranya PKPIM, Persatuan Belia Harmoni Jaringan Intelektual Progresif dan Persatuan Pertubuhan Intelektual Malaysia sebagai pemegang dana.
Orang ramai yang mahu menyumbang bagi menjayakan kempen itu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbang ke akaun nombor akaun Maybank 5644 9045 2956 atas nama Pertubuhan Pembangunan Intelektual Malaysia.
Dalam kenyataan, Mie Ching berkata bahawa rakyat Johor yang bekerja dan menetap di Singapura tidak boleh dinafikan hak mereka untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
“Untuk menyertai pilihan raya, ratusan ribu pengundi Johor perlu mendaftar dan mengundi secara pos.
“Tetapi saya percaya bahawa tiada halangan harus diletakkan di laluan pengundi. Proses mengundi juga tidak perlu menyusahkan,” kata Ahli Parlimen Kulai itu.
Difahamkan terdapat kira-kira 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan ramai daripada mereka berasal dari Johor.
Laluan perjalanan vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura mengehadkan bilangan orang yang boleh pulang untuk mengundi dalam pilihan raya.
Ketidakhadiran ramai pengundi pada PRN itu nanti dibimbangi akan menjejaskan keputusan PRN.
Sementara itu Nie Ching mengingatkan SPR bahawa keengganan untuk memudahkan pengundi Johor yang menetap di Singapura adalah satu sikap tidak menghormati hak perlembagaan dan demokrasi mereka.
Dala perkembangan sama, sekumpulan anak muda dan mahasiswa mengumumkan pembentukan satu Sekretariat Pulang Undi Johor bagi menyemarakkan semangat demokrasi untuk pulang mengundi pada PRN Johor nanti.
Mereka percaya ramai pengundi muda termasuk mahasiswa atau orang muda yang baru sahaja bekerja bakal mengundi di PRN Johor nanti tidak mampu pulang mengundi kerana kos pulang agak tinggi dan membebankan, selain pengurusan ekonomi yang bermasalah sehingga mengalami masalah peluang pekerjaan
“Justeru kami akan cuba menggerakkan kempen Johor Undi di mana sedaya upaya cuba mengusahakan kemudahanan pengangkutan awam dan perkhidmatan bas," kata kumpulan itu pada satusidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hak pengundi jangan dinafikan |

0 Comments