KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas bekas pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, Naveen K Rasiah dan Nico Kam.
Khuatir siasatan itu mempunyai motif dendam susulan tindakan Ahli Parlimen kawasan itu, R. Sivarasa yang membangkitkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya itu, Azam Baki, Anwar mempersoalkan mengapa tindakan diambil terhadap bekas pegawai itu sedangkan kes-kes lain melibatkan pemimpin-pemimpin besar tidak dipedulikan.
“Malah, saya melihat ada juga pemimpin lain yang mempamerkan kekayaan melampau tapi tidak pula disiasat atau diambil tindakan.
“Saya ingin menggesa SPRM untuk memberi fokus kepada kes-kes besar yang masih belum ada penyelesaian setakat ini,” katanya dipetik.
Untuk rekod, Naveen merupakan anak saudara kepada R Sivarasa.
Terdahulu, Naveen, 50 dan Nico Kam Joo Hoe, 24, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2099.
Kedua-dua mereka dilapor mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah yang didakwa berlaku antara 17 hingga 21 September 2017 di dua restoran di Taman Maluri, Cheras.
Dalam pertuduhan pertama, mereka didakwa meminta RM55,000 daripada warga Bangladesh, Mono Miah Siddikur Rahman kerana tidak melaporkan firmanya membawa masuk pekerja asing secara haram ke Jabatan Imigresen.
Dalam pertuduhan kedua, mereka didakwa bersetuju menerima RM45,000 kerana tidak melaporkan firma itu – Syarikat Dyna Maintenance Services Sdn Bhd.
Dalam pertuduhan ketiga, mereka didakwa menerima RM20,000 kerana tidak melaporkan perkara itu.
Kedua-duanya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda daripada jumlah suapan yang didakwa diterima. Mereka berdua dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000.
Sivarasa sebelum ini menegaskan dakwaan terhadap bekas pegawainya adalah palsu, berniat jahat dan tidak berasas.
“Saya mahupun kakitangan saya bukan dalam kedudukan untuk mengawal apa tindakan yang akan diambil ketua pengarah Imigresen berhubung perkara yang saya bangkitkan secara terbuka.

Sivarasa anggap pendakwaan berniat jahat |
“Saya mahupun kakitangan saya bukan dalam kedudukan untuk mengawal apa tindakan yang akan diambil ketua pengarah Imigresen berhubung perkara yang saya bangkitkan secara terbuka.
BACA: Sivarasa dakwa SPRM buat tindakan 'balas dendam'
“Kakitangan saya juga bukan dalam kedudukan untuk memutuskan apa yang saya akan atau tidak lakukan berhubung perkara itu,” katanya dipetik.
0 Comments