R SIVARASA,
Ahli Parlimen yang membawa isu saham membabitkan Ketua Pengarah SPRM ke
Dewan Rakyat mendakwa agensi itu membuat tindakan balas terhadap pusat
khidmatnya.
Melalui
satu kenyataan, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata pengurus pusat
khidmat yang juga anak saudaranya, KR Naveen telah dipanggil SPRM pada
21 Januari lalu dan dimaklumkan dia akan didakwa atas kesalahan rasuah
berhubung insiden empat tahun lalu.
“Apa yang dikatakan sebagai kesalahan rasuah ini berbangkit daripada acara pada Ogos/September 2017. Pada Ogos, saya secara terbuka membangkitkan kepada Jabatan Imigresen tentang bagaimana ahli perniagaan Bangladesh, Monomiah Siddikur Rahman secara korup mendapatkan permit untuk pekerja pembersihan dan kakitangan hotel warga Bangladesh menggunakan dokumen palsu dan meminta ketua pengarah Imigresen menyiasat dan mengambil tindakan.
“Tiba-tiba pada 21 September 2017, tiga kakitangan pusat khidmat saya iaitu Naveen, Joshua Kalaisevan dan Nico Kam ditangkap SPRM, direman empat hari dan disiasat atas dakwaan kesalahan cuba mendapatkan wang daripada Monomiah untuk tidak membawa isu itu,” katanya.
Difahamkan mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Dalam kenyataan itu Sivarasa menegaskan dakwaan itu adalah palsu, berniat jahat dan tidak berasas.
“Saya mahupun kakitangan saya bukan dalam kedudukan untuk mengawal apa tindakan yang akan diambil ketua pengarah Imigresen berhubung perkara yang saya bangkitkan secara terbuka.
“Kakitangan saya juga bukan dalam kedudukan untuk memutuskan apa yang saya akan atau tidak lakukan berhubung perkara itu,” katanya lagi dengan menegaskan bahawa beliau telah memberi keterangan kepada SPRM mengenai dakwaan itu, namun tiada pendakwaan dibuat.
“Hampir empat setengah tahun berlalu sejak siasatan selesai pada September 2017, tiada tindakan diambil terhadap Naveen pada masa itu dan malah fail telah ditutup.
“Saya pasti jika ada sebarang bukti kesalahan Naveen atau orang lain, SPRM akan segera membuat pendakwaan.
“Kini, sebulan selepas saya bangkitkan isu pemilikan saham Azam Baki di Parlimen pada 14 Disember lalu, tuduhan yang tiada asas tiba-tiba dibangkitkan semula oleh SPRM untuk mendakwa kakitangan saya,” jelasnya sambil menyifatkan tindakan agensi itu bersifat “dendam peribadi”.
Sehubungan itu, Sivarasa menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri daripada isu pemilikan saham ketua pesuruhjaya SPRM itu.
“Jika SPRM merasakan ini akan membuatkan saya dan rakan-rakan di Parlimen tidak lagi membangkitkan perkara ini, mereka silap sama sekali.

Sivarasa kritik tindakan SPRM terhadap petugasnya |

0 Comments