BAGI menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan, Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menggabungkan seluruh kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil di negara ini.
Melalui satu kenyataan oleh Majlis Presiden HARAPAN semalam, HARAPAN menegaskan bahawa langkah untuk HARAPAN bekerjasama dengan parti Pejuang, Warisan dan Muda, perlu sebahagian usaha mereka untuk mengambil semula mandat diperoleh mereka pada PRU lalu.
Selain itu menurut HARAPAN, langkah itu juga dilihat dapat memastikan kerajaan negeri yang lebih stabil terbentuk demi masa depan Johor yang lebih baik.
"Semua pembangkang, maknanya Pejuang, Warisan, Muda, masyarakat sivil dan parti-parti lain. Strategi kita mesti merangkul semua pembangkang,"
"Kalau ada sedikit retak (di kalangan pembangkang), tidak akan membantu. Jadi kita ada satu suara, satu tindakan dan satu strategi untuk memastikan kerajaan Umno BN dikalahkan bermula di Johor," kata Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan lain.
Anwar turut menjelaskan bahawa beberapa persetujuan awal kearah kerjasama itu telah dipersetujui.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Februari ini untuk menentukan tarikh PRN Johor.
DUN Johor dibubarkan Sabtu lalu selepas beberapa minggu spekulasi dan gesaan daripada pemimpin Umno agar PRN diadakan.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene
Sementara itu HARAPAN berpandangan pembubaran DUN Johor diatur khusus untuk mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen dan melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada kadar segera.
“Pada ketika rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak Covid-19, dan banjir, PRN Johor akan amat membebankan rakyat.
Mandat rakyat mesti dikembalikan |
“Isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya majlis itu lagi.
0 Comments