PIHAK polis tidak perlu menyiasat kumpulan pemimpin tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mengadakan konvoi protes ke bangunan SPRM Putrajaya kelmarin.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa maidin berkata, beliau berpendapat tindakan dilakukan golongan muda itu masih di bawah peruntukan Perlembagaan.
“Biarlah anak muda laksanakan hak kebebasan berhimpun secara aman dan hak kebebasan bersuara yang merangkumi hak untuk protes secara aman.
“Selagi mana seseorang laksanakan hak mereka secara aman, tak guna senjata hormatilah hak mereka di bawah Perlembagaan,” katanya dipetik.
Kelmarin, empat pemimpin tertinggi AMK terlibat dalam konvoi ‘Protes Selamatkan SPRM’ disertai 50 unit kenderaan ke bangunan SPRM Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya itu.
Memorandum itu bagi mendesak supaya siasatan lebih teliti dilakukan oleh badan bebas diadakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berhubung kontroversi pemilikan jutaan saham oleh Azam dalam dua buah syarikat tersenarai baru-baru ini.
Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir melalui muat naik di laman Facebooknya memberitahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil beberapa orang kepimpinan AMK hadir ke IPD Putrajaya untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Antara dipanggil adalah beliau sendiri; Naib Ketua AMK, S Thiban ; Setiausaha AMK Syukri Razab dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Batu P Prabakaran.
Difahamkan juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut dipanggil polis berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum kepada pihak SPRM.
Tak perlu ada intimidasi tegas Hanipa |
“Malaysia dah masuk tahun 2022, dah sampai masa untuk tidak criminalise pelaksanaan hak asasi secara aman.
“Tidak perlu ada sebarang intimidasi daripada pihak polis,” tegas Hanipa lagi.
0 Comments