PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan Ismail Sabri Yaakob bersikap lebih tegas mengendali skandal rasuah yang menjalar dalam badan-badan dan agensi kerajaan.
Dalam satu siaran di Facebboknya, Presiden KEADILAN itu menyifatkan terlalu ramai kelompok yang kini menyokong puak yang terlibat dengan aktiviti rasuah, sehingga ramai yang berdiam diri dari menyuarakannya pada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bahkan katanya, rasuah sudah jadi sistemik yang merebak di semua peringkat dan jika tidak dibendung, akan memangsakan rakyat sendiri.
“Ada yang sekarang ini fikiran mereka cenderung melemparkan semua tuduhan kepada orang politik. Saya tentunya ingin bertanya kenapa orang politik?
“Siapa yang ambil balak? Siapa yang curi saham, siapa yang dapat kontrak, siapa yang punyai kekayaan melimpah ruah dan mengapa harus disamakan semua?,” soalnya.
Tambahnya lagi, ramai juga yang menimbulkan kekeliruan dengan menggunakan nama Islam dan Melayu tetapi sebenarnya melindungi rasuah.
“Itu saya tak mengerti sama sekali. Apa erti Islam tanpa etika dan akhlak. Oleh demikian saya mohon kepada semua untuk bangkit beri pandangan dan menyatakan ‘cukup’.
“Sebab itu saya katakan pemimpin silih berganti, parti kian berubah, tetapi memunggah kekayaan masih diteruskan. Dan kita sekadar menyuarakan bantah rasuah tapi tak sanggup menamakan siapa terlibat, bagaimana siasatan harus dilakukan. Maka saya rasa ini adalah masa untuk rakyat membangkitkan isu apa yang mahu disiasat,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri era 90-an itu.
Dalam satu siaran di Facebboknya, Presiden KEADILAN itu menyifatkan terlalu ramai kelompok yang kini menyokong puak yang terlibat dengan aktiviti rasuah, sehingga ramai yang berdiam diri dari menyuarakannya pada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bahkan katanya, rasuah sudah jadi sistemik yang merebak di semua peringkat dan jika tidak dibendung, akan memangsakan rakyat sendiri.
“Ada yang sekarang ini fikiran mereka cenderung melemparkan semua tuduhan kepada orang politik. Saya tentunya ingin bertanya kenapa orang politik?
“Siapa yang ambil balak? Siapa yang curi saham, siapa yang dapat kontrak, siapa yang punyai kekayaan melimpah ruah dan mengapa harus disamakan semua?,” soalnya.
Tambahnya lagi, ramai juga yang menimbulkan kekeliruan dengan menggunakan nama Islam dan Melayu tetapi sebenarnya melindungi rasuah.
Semua pihak wajar bangkit lawan rasuah |

0 Comments