AHLI PARLIMEN Shah Alam, Khalid Samad membidas tindakan Bung Moktar Radin yang cuba mengheret kehidupan peribadinya ke dalam Dewan Rakyat.
Kata Pengerah komunikasi Amanah itu, Bung Mokhtar tidak layak mengheret kisah peribadinya di Dewan Rakyat, memandangkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu sendiri berdepan “pelbagai masalah peribadi”.
“Dia tiada modal, masalah peribadi dia sendiri pun banyak…tapi kita langsung tak sebut.
“Dia nak tembak saja sedangkan orang tahu isu peribadi dia jauh lagi banyak tapi kita tak sentuh,” katanya Khalid dipetik laporan media.
Terdahulu pada sesi perbahasan usul bencana banjir di Dewan Rakyat pada Khamis, Khalid menafikan beliau hilang dari radar seperti didakwa pihak kerajaan.
Jelasnya, dia berada di Shah Alam membantu urusan kemalangan membabitkan sembilan beranak ketika hujan lebat luar biasa melanda Selangor, bulan lalu.
“Saya nak uruskan jenazah, penempatan keluarga datang dari Melaka, nak ziarah dan sebagainya, nak balik tak boleh sebab terperangkap dalam banjir, hotel semua penuh,” katanya.
Namun, Bung bangun mencelah dengan menyindir Khalid: “Bagilah banglo ke, penthouse ke…kan bagus.”
Khalid yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan pada kelmarin mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam untuk berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.
Khalid bersetuju memberikan sebuah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah “penthouse” yang kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar nama kepada Zaiton.
Mengulas mengenai penyelesaian harta sepencarian itu, Khalid berkata, ia bagi mengelakkan sebarang tuntutan oleh oleh pihak ketiga iaitu bakal isteri kedua.
“Kita dah kumpul harta bersama. Jadi harta sepencarian ini kita kenal pasti dan asingkan supaya datang pihak baru nanti dia tak tuntut harta milik (pihak) sebelumnya.
“Katakan saya meninggal…tiba-tiba rumah kami, isteri kedua pun tuntut juga sebagai sebahagian hartanya,” katanya.
Isteri Khalid, Dr. Zaitun Abu Bakar dipetik laporan media berkata dia reda dengan tindakan suaminya, malah keputusan Khalid itu tidak menjejaskan hubungan mereka.
"Kalau Khalid hendak berkahwin, biarlah itu haknya. Saya hendak jaga diri saya, perbaiki diri, amalan dan kesihatan serta belajar mengaji.
“Saya hendak berjalan-jalan hiburkan hati, jumpa kawan-kawan, bina bonding dengan anak-anak," jelasnya.
Tindakan Bung Moktar makan diri |
Di media sosial, sikap ditunjukkan kedua suami isteri itu dipuji warganet, yang berpandangan mereka melakukan tindakan yang sepatutnya dalam isu dihadapi mereka.
0 Comments