Cadangan bubar DUN Johor tak sepatutnya timbul sekarang - Anwar

 


ISU berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak wajar timbul ketika masih banyak isu yang perlu ditangani kerajaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, memang pihaknya bersedia untuk 'bertempur' jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan pada waktu terdekat, namun kerajaan Johor wajar melihat situasi semasa.

Walaupun jelasnya sekiranya PRN diadakan sekarang akan menguntungkan kerajaan, namun banyak masalah yang membebankan rakyat sedang dihadapi seperti pemulihan daripada banjir serta ancaman Covid-19, dan itu sepatutnya diutamakan oleh kerajaan.
 
"[...] apa kewajarannya? Kes Covid-19 bertambah, sekatan perlu (diadakan) dan perjalanan kempen itu akan memihak kepada kerajaan... itu semua kita tahu.
 
"Banjir surut tidak bermakna dah selesai masalah. Rakyat masih susah, kadang-kadang mereka (pemimpin kerajaan) ini tak faham, tak pernah turun ke bawah, turun begitu-begitu sahaja, 'main wayang' sikit," tambahnya.

Pada 25 Dis lalu, kerajaan Johor yang diketuai Umno memaklumkan akan memantau keadaan semasa termasuk keperluan untuk mengadakan PRN berikutan hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN.
 
Khabar mengenai pembubaran DUN dan PRN Johor itu bertambah kuat sejak seminggu dua ini, namun Speaker DUN Johor Suhaizan Kayat menyangkal khabar angin itu.

Utamakan kepentingan hidup rakyat dahulu
Walau bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat DUN Johor mungkin akan dibubarkan seawal 15 Januari ini.

Bagaimanapun pembangkang konsisten berpendapat PRN tidak sesuai diadakan sekarang.
 

Post a Comment

0 Comments