KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) digesa menyiasat dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu yang dibangkitkan pesawah di projek perintis padi pulut Langkawi yang bermula pada tahun 2019.
Pengerusi Pertubuhan Gerak Tani Datuk Mazlan Aliman mahu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyiasat dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkait projek padi pulut di Langkawi.
Mazlan yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mempunyai kebimbangan tersendiri mengenai viable (berdaya maju) dan sustainable (mampan) tanaman padi jenis itu walaupun ia merupakan signature product sebagai tarikan baharu kepada pulau peranginan itu.
Tambahnya, beliau pernah melahirkan rasa bimbang masa hadapan projek ini sehingga mengutarakan secara konsisten sam ada di peringkat MOA, mesyuarat board LPP dan beberapa siri taklimat serta turun padang di peringkat LPP Kedah dan PPK Langkawi selaku pembekal yang dilantik MOA.
“Memang menjadi tanggungjawab Kerajaan dan LPP sebagai pelaksana dasar, projek ini diharap dapat meningkatkan pendapatan pesawah padi,” kata beliau dipetik laporan Malaysia dateline.
Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) segera menyiasat projek perintis penanaman padi pulut di Pulau Langkawi yang menimbulkan pelbagai masalah kepada pesawah yang menyertai projek tersebut.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pesawah terlibat berhubung masalah yang berpunca daripada kelemahan pengurusan projek tersebut telah menyebabkan mereka mengalami kemerosotan hasil pendapatan dan kerugian yang besar.
Jelasnya, CAP mendapati kawasan sawah yang ditanam padi pulut itu kering kontang dan banyak pokok padi mati akibat ketiadaan bekalan air selain saliran pula dipenuhi semak-samun dan tidak dibersihkan.
“Mereka yang terjejas sumber pendapatan wajar diberi pampasan yang setimpal dan MAFI perlu mendedahkan hasil siasatan punca masalah yang berlaku dan tindakan yang diambil bagi menanganinya,” kata Mohideen dalam kenyataan.
CAP dakwa pesawah alami kerugian |
Sementara itu Mazlan turut menggesa supaya penambahbaikan infra terutamanya soal pengairan dan saliran dilaksana dengan lebih efisien. Ia menurutnya isu yang sering dibangkitkan pesawah padi selama ini.
0 Comments