BN boleh dikalahkan jika pembangkang berganding bahu - Penganalisis


SEORANG
ahli akademik membayangkan bahawa pembangkang di Johor boleh memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu sekiranya mereka berganding bahu dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Felo kanan penyelidikan strategik Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, satu-satunya sebab mengapa Barisan Nasional (BN) dan Umno masih kuat adalah kerana “HARAPAN lemah”.

“Tetapi jika Pakatan Harapan (HARAPAN), MUDA, Pejuang dan Warisan bersatu, keupayaan mereka tidak boleh dipandang rendah

“Jika parti kecil bergabung dengan HARAPAN, BN mungkin sukar mendapat majoriti ,” katanya seperti dilapor portal FMT.

Mengulas lanjur, Azmi berkata dengan berganding bahu. pasukan pembangkang bukan sahaja mempunyai jentera lebih besar, malah lebih penting mereka dapat mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru yang merugikan.

Beliau sebelumnya merujuk kekalahan pembangkang di dalam PRN Melaka dan Sarawak.

Majlis Presiden HARAPAN baru-baru ini mengumumkan semua parti pembangkang berganding sebagai satu pasukan.

BACA:  Semua pembangkang berganding sebagai satu pasukan

Penngerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa persetujuan awal ke arah itu telah dicapai.

Dengan penggabungan itu jelasnya, kerajaan negeri lebih kukuh dan stabil dapat dibentuk di negeri itu sekiranya pasukan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negeri melalui PRN itu.

Sementara itu melalui laporan sama, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar melihat kerjasama antara pembangkang penting bagi memastikan undi tidak berpecah.

Undi pecah jika pembangkang tak bersatu
Katanya, kehadiran parti pembangkang lain selain HARAPAN seperti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad, MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan parti dari Sabah, Warisan yang baru-baru ini melebarkan sayap ke Semenanjung akan menyebabkan undi pecah.

“Pengundi bandar akan berpecah antara HARAPAN dan parti pembangkang yang lebih kecil ini,” katanya dipetik.
 

Post a Comment

0 Comments