PENGERUSI Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Terengganu, Azan Ismail mahu penjelasan kerajaan berhubung perkembangan siasatan Kertas Pandora.
Bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dipetk laporan Malaysiakini menegaskan walaupun pendedahan itu sudah dibuat lama, kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri Yaakon dilihat masih berdiamkan diri mengenai perkembangan siasatan terhadap isu tersebut.
"Selepas enam bulan pendedahan Kertas Pandora, nampaknya isu ini seperti disembunyikan kerana tidak ada laporan seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya mendesak perkara ini dibangkitkan semula dan laporkan isu tersebut ini kepada orang ramai agar keyakinan terhadap negara ini termasuk dalam kalangan pelabur boleh dipulihkan," katanya dipetik.
Kertas Pandora merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Maklumat itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan mereka yang terdiri dari pemimpin politik, ahli perniagaan dan orang kenamaan di negara ini menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat di tempat bebas cukai.
Warga Malaysia yang dinamakan dalam pendedahan itu termasuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Timbalan Menteri kewangan Yamani Hafez Musa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Azan tuntut penjelasan dari kerajaan |
Ismail sebelum ini berkata kerajaan bersikap terbuka untuk membenarkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat, sekiranya terdapat bukti salah laku.
Sementara itu Azan berkata kerajaan perlu tampil dengan siasatan terbuka atau mengeluarkan kertas putih mengenai isu tersebut.
0 Comments