HARAPAN muktamadkan penggunaan logo, kerusi calon bagi PRN Johor


PILIHAN RAYA NEGERI
(PRN) Johor bakal menyaksikan KEADILAN akan menggunakan logonya sendiri dengan Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan (HARAPAN).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar susulan mesyuarat majlis presiden di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

"Berhubung dengan logo, kita bersetuju HARAPAN atau logo yang dipilih oleh parti, kita dah umum tadi kedua-dua (logo) HARAPAN untuk calon DAP dan Amanah dan KEADILAN (guna) logo KEADILAN," kata Anwar kepada wartawan.

Sementara itu Anwar juga mendedahkan bahawa HARAPAN juga telah menyelesaikan rundingan kerusi antara tiga komponen parti yang akan bertanding dalam PRN Johor.

Tambahnya, rundingan lanjut akan diperlukan untuk parti pembangkang bukan gabungan itu.

"HARAPAN sudah selesaikan kesemua 56 kerusi. Kemudian kita boleh berbincang dengan parti pembangkang lain," katanya.

Anwar sebelum ini menyatakan bahawa gabungan itu bersetuju menghadapi PRN Johor bersama parti pembangkang lain sebagai satu pasukan bagi menentang Umno-BN dan Perikatan Nasional (PN).

Ia sebagai strategi bagi memastikan undi pembangkang di Johor tidak berpecah sekaligus meningkatkan potensi untuk gabungan pembangkang mengambil alih semula pentadbiran negeri yangd imenangi mereka pada PRU lalu.

Mengulas mengenai calon menteri besar Johor bagi gabungan itu, Anwar tidak mendedahkan apa-apa, dengan menyatakan bahawa rundingan kerusi itu baru sahaja selesai.

Akan runding  dengan parti pembangkang lain
Dalam kenyataan bersama HARAPAN kemudian, majlis presiden mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Johor mereka kerana menyempurnakan rundingan kerusi di peringkat gabungan.

Perunding tersebut ialah; dari KEADILAN - Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tze, Naim Jusri dan Akmal Nasir dari KEADILAN; dari DAP - Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali, Andrew Chen, Kah Eng; dari Amanah - Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah.

Post a Comment

0 Comments