KERAJAAN Malaysia dianggap sama sekali tidak bersedia dari sudut dasar dan agendanya untuk berhadapan dengan bencana alam seperti yang berlaku baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, perkara itu dapat dibuktikan melalui kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man pada April lalu yang memandang ringan isu perubahan iklim apabila mendakwa Malaysia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
Tegas Faiz, kenyataan oleh Timbalan presiden PAS itu tidak bertanggungjawab terutama pada tahun ini sahaja negara dilanda tiga bencana besar antaranya banjir di Yan, Kedah, tanah runtuh di Cameron Highlands dan banjir buruk yang baru berlaku di enam buah negeri.
Selain itu tambah Faiz, kerajaan dilihat tidak serius dalam merangka rancangan-rancangan tebatan banjir yang jika dilaksana mampu mengelakkan terjadinya bah lebih besar.
“Kita boleh melihat kerajaan tidak serius dalam merangka rancangan tebatan banjir. Kita tahu banjir boleh berlaku disebabkan oleh masalah aliran di sungai.
“Tapi kita kurang membina tebing-tebing sungai. Kita tidak mengekalkan penjagaan sungai dengan baik. Kita kurang mmbina kolam takungan air yang boleh mengurangkan banjir,” katanya dalam sesi Berani Semuka yang membincangkan tajuk ‘Bencana Alam: Adakah Malaysia Bersedia’, di Facebook Sinar Harian malam tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menegur tentang kelemahan dalam kordinasi arahan apabila agensi kerajaan lewat ditugaskan untuk menguruskan bencana.
Beliau merujuk kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang sebelum ini kecoh dibincangkan di media sosial apabila agensi berkenaan didakwa tidak menguruskan bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.
“Bila ada satu pemikrian dalam minda pihak Eksekutif yang menganggap perubahan iklam tidak ketara di Malaysia, bagaimana kita mahu mengharapkan kerajaan yang ada hari ini boleh menyusun agenda dan dasar dalam berhadapan dengan bencana?
“Kita perlukan satu tindakan alternatif dari kerajaan untuk merangka dasar yang tuntas bagaimana hendak berhadapan dengan bencana alam yang berlaku,” ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, perkara itu dapat dibuktikan melalui kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man pada April lalu yang memandang ringan isu perubahan iklim apabila mendakwa Malaysia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
Tegas Faiz, kenyataan oleh Timbalan presiden PAS itu tidak bertanggungjawab terutama pada tahun ini sahaja negara dilanda tiga bencana besar antaranya banjir di Yan, Kedah, tanah runtuh di Cameron Highlands dan banjir buruk yang baru berlaku di enam buah negeri.
Selain itu tambah Faiz, kerajaan dilihat tidak serius dalam merangka rancangan-rancangan tebatan banjir yang jika dilaksana mampu mengelakkan terjadinya bah lebih besar.
“Kita boleh melihat kerajaan tidak serius dalam merangka rancangan tebatan banjir. Kita tahu banjir boleh berlaku disebabkan oleh masalah aliran di sungai.
“Tapi kita kurang membina tebing-tebing sungai. Kita tidak mengekalkan penjagaan sungai dengan baik. Kita kurang mmbina kolam takungan air yang boleh mengurangkan banjir,” katanya dalam sesi Berani Semuka yang membincangkan tajuk ‘Bencana Alam: Adakah Malaysia Bersedia’, di Facebook Sinar Harian malam tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menegur tentang kelemahan dalam kordinasi arahan apabila agensi kerajaan lewat ditugaskan untuk menguruskan bencana.
Beliau merujuk kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang sebelum ini kecoh dibincangkan di media sosial apabila agensi berkenaan didakwa tidak menguruskan bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.
Kesan dihadapi mampu diringankan jika bersedia |

0 Comments