Ismail dikecam setelah didakwa' berlakon' sodok lumpur

 


SELEPAS menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dikritik “berposing” untuk jurugambar ketika membersihkan najis di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), kini giliran perdana menteri pula menjadi sasaran kemarahan rakyat.

Ismail Sabri Yaakob dikecam warganet kerana “berlakon” menyodok lumpur.

Sebelumnya, Ismail dilihatmemegang penyodok lalu mengaut sedikit lumpur sambil dikelilingi sekumpulan jurugambar, perkongsian klip video berdurasi 12 saat oleh  @sofeahjoned itu disertakan catatan berbunyi: “Seronok kan PM main-main sodok. Only in Malaysia.”

Ismail dalam video itu dilihat hanya berganjak sedikit dari kedudukan sebelah kanannya dan menyodok lumpur sekali sahaja, lalu dibuang ke depan sambil berlatar belakangkan suara seperti “kagum” dengan tindakannya.
 
Video berkenaan sudah mendapat 367,000 tontonan, dengan 4,347 “retweet” setakat 6 petang semalam.

Terdahulu, pentadbiran Ismail yang dibentuk tanpa mandat rakyat dikecam teruk setelah dilihat gagal menangani bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama Selangor minggu lalu.

Agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) contohnya dikritik kerana dianggap tidak berbuat apa-apa. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat diatur gerak tanpa menunggu lagi arahan dari NADMA.

“Sampai suatu tahap, di mana kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA.

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” kata sumber.

Selain isu dengan agensi terbabit, beberapa menteri turut dikritik kerana melakukan beberapa tindakan yang dianggap tidak sepatutnya, ia antaranya mengadakan majlis pelancaran sukarelawan bagi membantu mangsa banjir dan majlis sumbangan banjir di sebuah hotel di Kuala Lumpur ketika ada mangsa masih menanti diselamatkan.

Beberapa menteri lain turut dikiritik kerana dilihat seolah-olah tidak ikhlas turun ke kawasan bencana, mereka seolah-olah menjadikan lawatan bagi mempromosikan diri sendiri dengan kehadiran jurugambar yang merakam gambar-gambar mereka.

Pada 24 Dis, penyelaras PPS yang juga Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SJKT Ladang Emerald, Thayalan Krisnasamy dilaporkan berkata, ramai menteri dan ahli politik melawat PPS itu dengan “tangan kosong”.

Tindakan k'jaan tak cerminkan semangat keluarga M'sia
Katanya, ada juga wakil Jabatan Perdana Menteri datang ke PPS berkenaan, namun bantuan tidak diterima.

“Ramai datang sini, angkat poster, tangkap gambar…lepas itu sudah tak ada (khabar berita). Agensi dan ahli politik ramai datang sini, bukan tak ada, tapi sekejap saja. Lima hingga 10 minit mereka baliklah. Mereka beri satu dua ‘peti’ air mineral, tangkap gambar, lepas itu mereka kata mereka sudah buat kerja,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments