Konvoi VIP atau ambulans, mana lebih penting?


SEORANG
Ahli Parlimen mempertikai keputusan memberhentikan ambulans di simpang jalan untuk memberikan laluan kepada rombongan perdana menteri yang mahu membuat lawatan ke lokasi banjir di Hulu Langat.

Wong Kah Woh (HARAPAN-Ipoh Timor) dalam satu kenyataan bertanyakan sama ada Ismail Sabri Yaakon mempunyai urusan yang lagi mendesak berbanding ambulans dari kawasan terjejas kerana banjir.

“Siapa sebenarnya yang mempunyai ‘urgent duty’. Perdana menteri bersama konvoinya yang sudah pun mempunyai laluan yang tidak diganggu, atau ambulans kecil yang berada di kawasan banjir teruk?

“Pihak polis mempunyai kawalan ke atas laluan konvoi dari saat rombongan meninggalkan tempat permulaan mereka sehinggalah sampai ke destinasi. Tetapi ambulans tiada kemudahan itu melainkan dengan membunyikan siren.

“Siapa yang memerlukan lebih banyak bantuan trafik, VVIP atau ambulans kecil?,” soal Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu.

Terdahulu, satu video tular menyaksikan sebuah ambulans diberhentikan di simpang jalan untuk memberi laluan kepada konvoi perdana menteri.

Difahamkan ketika itu Ismail dan rombongannya dalam perjalanan melawat proses pembersihan di kawasan dilanda banjir.

Tindakan menahan ambulans itu hanya bagi memberi laluan kepada konvoi Ismail membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet.

Kebanyakan warganet menganggap dalam keadaan begitu sepatutnya ambulans diberi keutamaan berbanding rombongan orang kenamaan.

Di media sosial, mereka berkongsikan beberapa klip video memaparkan tindakan pihak berkuasa negara lain yang memberi keutamaan untuk ambulans berbanding pemimpin mereka.

Adakah nyawa rakyat tidak begitu berharga?
Susulan rasa tidak puas hati warganet itu, PDRM dalam kenyataan medianya hari ini tampil menjelaskan bahawa tindakan memberhentikan ambulans di simpang jalan adalah bagi mengelakkan risiko kemalangan

Katanya, hal itu dilakukan memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) yang telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan.
 

Post a Comment

0 Comments